Wednesday 27 May 2009

CINTA, CINTA, CINTA..



Tiba-tiba tgh study ni terpikir pulak sesuatu sebabnya study sambil dengar lagu.. Mula terfikir kenapa lagu,syair,perbualan,blog-blog,ceramah, motivasi malah serata tempat semua berbicara tentang cinta..kadang2 sampai tak nak baca dah sebab dah bosan..Start pulak adegan mencari jawapan,ape cita lah dengan study tadikan??ishk3x..

Cinta tu anugerah Allah yang paling mahal, ade cuma dalam hati , tak boleh terungkap dengan kata.. Tiada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh cipta perasaan tu..Itulah agungnya Allah..Sering kita dengar mandi tak basah,lautan api sanggup ku renangi..kononnya cinta sampai lupa sekarang duduknya hanya di dunia..Tapi memang betul cinta tu sangat dahsyat rasanya..

Point yang saya bayangkan bagaimana yang dikatekan cinta dengan Allah..Andainya hati kita benar2 cinta kepada Allah, sesaat pun kita tak nak berjauhan dengannya, sehingga timbulnya mandi tak basah, tidur tak lena semuanya kerana cinta pada Allah..jika semua muslim cintanya benar2 pada Allah,maka tak kan wujud lagu rock,balada dan segalanya yang memuji kecantikan,keagungan wanita @ ape2 je yang berkaitan cinta dengan manusia tp wujud lagu2 yang semuanya memuji serta mengagungkan Allah sebab ape yang dia cinta hanya Allah..

Bila kita cinta pada seseorang secara automatik ape yang dia suka kita suka,keluarga,kawan dan segalanya kita hormati malah setiap suruhan kita ikuti..begitu juga bila kita cinta pada Allah, setiap suruhan,perkara yang mulia,malaikat,rasul2,Quran dan sebagainya secara semula jadi kita akan suka,sayang, dan ringan untuk melakukannya..

Dan kerana itu saya pikir Allah datangkan rase cinta tu pada setiap manusia agar dia sendiri dapat mengukur sejauh mana hebatnya Allah, sejauh mana cintanya kepada manusia,harta,dunia berbanding cintanya kepada Allah"..Bukan mudah untuk jumpa manusia yang benar2 cinta pada Allah..malah pernah juga saya terfikir jika kita benar2 cinta pada Allah, pandangan terus akan dibatasi, mulut tidak henti memuji dan berzikir,mata bengkak x cukup tidur beribadat dan menangis kerana rindukan Allah..

Yang best nya bila kita benar2 cinta pada Allah akan dihadiahkan yang baik di dunia tak cukup lg diberikan pula syurga yang indahnya tiada bandingan malah lebih lg dari segala yang ada di dunia ni..Tapi yang ditakuti bila hidup bukan kerana Allah Api, kala jengking, ular, cacing,azab, nanah, ludahan dan segala yang buruk menanti kita di sana..

ANTARA KEBAHAGIAAN @ KEPERITAN , YANG MANA SATU KITA PILIH..
Tutuplah mata mu , fikirkan dan bayangkan sejenak di mana kita akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment