Tuesday 16 March 2010

Duhai Sahabat....

Aku sedih apabila teguranku untuk kebahagian mereka,
Namun kemarahan mereka membuatkan hatiku luntur, terguris, dan menangis..
Adakah mereka benar2 yakin lelaki yang mereka sayangi itu membawa mereka ke Syurga???
Sehingga ada yang sanggup mengenepikan ilmu yang sudah mereka terima,
Pesanan dan perasan ibu bapa,
Mereka merasakan indahnya dunia lupakan akhirat yang telah menjanjikan beribu-ribu keindahan!!

Allahu Akbar...
Sedihnya hatiku , bimbangnya hatiku, bencinya aku menyaksikan semua itu..

Apa dah berlaku dengan zaman kini!!!...
Tak sanggup aku meneruskan hidup dengan keadaan sebegini,

Aku inginkan ketenangan,
Seperti melihat cahaya kerdipan di waktu malam,
Hujan dengan sekata sehingga tumbuhan gembira bermandikan hujan,
Damai dan tenang tika fajar subuh mula menyinsing,
Seakan aku tidak mahu lagi manusia jaga dari tidurnya..

Monday 22 June 2009

Jadi Artis....






Start 2005 sampai la 2009...akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian dalam memperoleh ijazah sarjana muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)..sekarang ni tunggu nak balik je lagi..
tapi ape kaitan ngan ARTIS yg sy maksudkan..

17 JUN 2009 di majlis konvoksyen pertama dalam hidup saya..mmg glamer sbb berpuluh2 kamera yang amik gambar kami..naik gelap gak la muka dan tangan ni kne berjemur melayan peminat2 (perasan)..tapi terharu la dapat bunga..ingatkan x der mak ayah x dapat bunga dah..trima kasih buat adik2 yang meraikan kami..ramai gak la khirrijun masa tu dalam 43 orang semua skali..dah lama mmy menyepi sbb tak ramai yang khirij tp tahun ni mmg ramai..

Bagi batch saya memang terase lege apabila kesemua batch lepas tanpa sorang pun gagal.. kami masih ingat pesanan lecturer kami kat malaysia "pergi 34 orang, balik 34 orang"..amanat itu kami jaga sehinggalah result kesemua keluar,sesak di dada pulih..orang kate result exam privcy tp bagi kamai 34 orang semua saling amik berat, sebab kalu sorang je jatuh semua bagi semangat dan membantu..contohnya baru2 ni ada paper yang menyebabkan ramai dari kami tersangkut kat dahan,tp yang lain turut risau,bimbang,diam je dan macam2 la sebab risau kat KLIA nnt tak cukup 34 orang..tp akhirnya kami berjaya..terase gembira yang tak terkate..syukur pada ilahi atas kurniaannya...

Rata2 di blog kami semua bercerita tentang hal ni,tak ketinggalan lecturer kami yang sekarang ni ada di Mesir atas urusan kerja..ustazah Husna,ustaz Kamil semua mengucapkan tahniah.. pelbagai lagi ucapan yang dihulurkan sempena konvo kami..mana tak lecturer ingat sebab kami adalah first batch dalam kos ni twinning antara Ikip-Yarmouk Jordan..klu dorg tak ingat tu kami la yang perasan..hikhikhik..

Yang kat sebelah ni antara candid yang sempat diambil ketika sesi penggambaran ala2 artis perasan..hehe..jangan marah na..ok lah ..kita cite lain kali pulak..para pembaca selamat maju jaya..belajar lah sehingga mati kerana ia tak kan habis..jika nak dinilai ilmu Allah tu,gunakan air laut pun takkan cukup untuk menulis semua ilmu Allah..

Sunday 14 June 2009

Memory..

Antara Ajk perlaksana..


Kali ni nak kongsi gembira sal program sy baru2 ni..best la...semua org hepi2 je..sy yang kondak pun rase terharu n sayang lah sbb seme member2 bagi kerjasama yang bagus belake..mula2 sampai ke madinah hassan (lokasi) ader berape orang je masa tu..dah sedih dah,sbb hemper punya besar takkn lah berape orang je nak main..pas tu bila nak start je program berbondong2 yang datang..tgok la gambar kat bawah ni ramai..ader kot 60 lebih yang datang..best nye sbb hari tu mmg semua orang sporting..kesian Azimah naib presiden 2 MMY(bagi hadiah) punyalah sronok dorang ni sampaikan masa penyampaian hadiah,zimah ni sampai terduduk kat belakang dirempuh kumpulan juara kita(kumpulan 3)..sy punya lah risau malam sebelum program tu sampai tak boleh tidur,punyalah risau pasal program ni (takut tak ramai yang datang)..Alhamdulillah, acara sebelah paginya selesai dengan lancar..


Ni group yang jadi juara pada hari tu dan kumpulan terbaik sepanjang program tu..hak ni gruop kambing...kambing pun kambing lah..juara jugak..
Aksi kumpulan 2 dalam acara regu...macam mn bunyi ayam..tu la tredmark kumplan 2..huhu
ni pulak kumpulan 3..macam sepakat pulak..pink colour..booh,boooh..
ni kumpulan 1..dorang setia dengan bunyi meau,meau,meau....

ha..yang ni plk aktiviti malam nya..ni program penutup program hari tu..majlis ni diberi nama malam liplap..dgn tema " Akak pergi mengelip,Adik tinggal menggilap"..majlis ni sempena meraikan akak2 yang dah khirij..tahun ni kira ramai la dalam 32 orang..trima kasih adik2..akk terharu atas majlis semalam..sib baik x kuar air mata..huhu..dan terima kasih untuk semuanya..maka berakhirlah program semalam dengan jayanya...daaaaaaaaa....

Saturday 30 May 2009

Rahsia Personaliti


Sekadar renungan dan penilaian sahaja bukan pegangan..mungkin boleh jadikan panduan..

Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September
- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12

Wednesday 27 May 2009

CINTA, CINTA, CINTA..



Tiba-tiba tgh study ni terpikir pulak sesuatu sebabnya study sambil dengar lagu.. Mula terfikir kenapa lagu,syair,perbualan,blog-blog,ceramah, motivasi malah serata tempat semua berbicara tentang cinta..kadang2 sampai tak nak baca dah sebab dah bosan..Start pulak adegan mencari jawapan,ape cita lah dengan study tadikan??ishk3x..

Cinta tu anugerah Allah yang paling mahal, ade cuma dalam hati , tak boleh terungkap dengan kata.. Tiada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh cipta perasaan tu..Itulah agungnya Allah..Sering kita dengar mandi tak basah,lautan api sanggup ku renangi..kononnya cinta sampai lupa sekarang duduknya hanya di dunia..Tapi memang betul cinta tu sangat dahsyat rasanya..

Point yang saya bayangkan bagaimana yang dikatekan cinta dengan Allah..Andainya hati kita benar2 cinta kepada Allah, sesaat pun kita tak nak berjauhan dengannya, sehingga timbulnya mandi tak basah, tidur tak lena semuanya kerana cinta pada Allah..jika semua muslim cintanya benar2 pada Allah,maka tak kan wujud lagu rock,balada dan segalanya yang memuji kecantikan,keagungan wanita @ ape2 je yang berkaitan cinta dengan manusia tp wujud lagu2 yang semuanya memuji serta mengagungkan Allah sebab ape yang dia cinta hanya Allah..

Bila kita cinta pada seseorang secara automatik ape yang dia suka kita suka,keluarga,kawan dan segalanya kita hormati malah setiap suruhan kita ikuti..begitu juga bila kita cinta pada Allah, setiap suruhan,perkara yang mulia,malaikat,rasul2,Quran dan sebagainya secara semula jadi kita akan suka,sayang, dan ringan untuk melakukannya..

Dan kerana itu saya pikir Allah datangkan rase cinta tu pada setiap manusia agar dia sendiri dapat mengukur sejauh mana hebatnya Allah, sejauh mana cintanya kepada manusia,harta,dunia berbanding cintanya kepada Allah"..Bukan mudah untuk jumpa manusia yang benar2 cinta pada Allah..malah pernah juga saya terfikir jika kita benar2 cinta pada Allah, pandangan terus akan dibatasi, mulut tidak henti memuji dan berzikir,mata bengkak x cukup tidur beribadat dan menangis kerana rindukan Allah..

Yang best nya bila kita benar2 cinta pada Allah akan dihadiahkan yang baik di dunia tak cukup lg diberikan pula syurga yang indahnya tiada bandingan malah lebih lg dari segala yang ada di dunia ni..Tapi yang ditakuti bila hidup bukan kerana Allah Api, kala jengking, ular, cacing,azab, nanah, ludahan dan segala yang buruk menanti kita di sana..

ANTARA KEBAHAGIAAN @ KEPERITAN , YANG MANA SATU KITA PILIH..
Tutuplah mata mu , fikirkan dan bayangkan sejenak di mana kita akhirat kelak..
Assalamualaikum..

Buat tatapan teman..

Ingin aku luahkan ape yang terbuku dihati,
Tentang pelbagai persoalan,jawapan,renungan serta memori,
Dunia, kehidupan, pengalaman dan pelbagai lagi..
Moga ada diantara coretanku yang akan menberi manfaat untuk hidupmu..
Mohon maaf andai tersalah bicara,terlajak kate dan seangkatan dengannya..
Yang aku harapkan hanya yang terbaik untuk semua..

Sekadar untuk pembuka bicara..

Wassalam..