Monday 22 June 2009

Jadi Artis....






Start 2005 sampai la 2009...akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian dalam memperoleh ijazah sarjana muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)..sekarang ni tunggu nak balik je lagi..
tapi ape kaitan ngan ARTIS yg sy maksudkan..

17 JUN 2009 di majlis konvoksyen pertama dalam hidup saya..mmg glamer sbb berpuluh2 kamera yang amik gambar kami..naik gelap gak la muka dan tangan ni kne berjemur melayan peminat2 (perasan)..tapi terharu la dapat bunga..ingatkan x der mak ayah x dapat bunga dah..trima kasih buat adik2 yang meraikan kami..ramai gak la khirrijun masa tu dalam 43 orang semua skali..dah lama mmy menyepi sbb tak ramai yang khirij tp tahun ni mmg ramai..

Bagi batch saya memang terase lege apabila kesemua batch lepas tanpa sorang pun gagal.. kami masih ingat pesanan lecturer kami kat malaysia "pergi 34 orang, balik 34 orang"..amanat itu kami jaga sehinggalah result kesemua keluar,sesak di dada pulih..orang kate result exam privcy tp bagi kamai 34 orang semua saling amik berat, sebab kalu sorang je jatuh semua bagi semangat dan membantu..contohnya baru2 ni ada paper yang menyebabkan ramai dari kami tersangkut kat dahan,tp yang lain turut risau,bimbang,diam je dan macam2 la sebab risau kat KLIA nnt tak cukup 34 orang..tp akhirnya kami berjaya..terase gembira yang tak terkate..syukur pada ilahi atas kurniaannya...

Rata2 di blog kami semua bercerita tentang hal ni,tak ketinggalan lecturer kami yang sekarang ni ada di Mesir atas urusan kerja..ustazah Husna,ustaz Kamil semua mengucapkan tahniah.. pelbagai lagi ucapan yang dihulurkan sempena konvo kami..mana tak lecturer ingat sebab kami adalah first batch dalam kos ni twinning antara Ikip-Yarmouk Jordan..klu dorg tak ingat tu kami la yang perasan..hikhikhik..

Yang kat sebelah ni antara candid yang sempat diambil ketika sesi penggambaran ala2 artis perasan..hehe..jangan marah na..ok lah ..kita cite lain kali pulak..para pembaca selamat maju jaya..belajar lah sehingga mati kerana ia tak kan habis..jika nak dinilai ilmu Allah tu,gunakan air laut pun takkan cukup untuk menulis semua ilmu Allah..

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Semoga dalam limpahan ilahi. tahniahh!!

    Salam ukhuwwah, kalau kelapangan jemput ke blog saya untuk bertukar link dan pendapat. Moga diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete